Creamy Puffs






Setia Hujung Nyawa :)
Tuesday, 26 February 2013 | 0 comment(s)


Zain Hakimi dan Ersalina Amani :)


Dari kiri : Nellydia Senrose , Amar Asyraf , Bea Rameshan :D


Amar Asyraf sebagai Zain Hakimi :*


Salah satu babak dalam Setia Hujung Nyawa :)


Konflik di dalam Setia Hujung Nyawa :'(


Konflik rumahtangga Zain dan El :(


Minggu akhir Setia Hujung Nyawa :')


Masih adakah kemaafan untuk El ?


Setianya seorang isteri kepada suami yang dicintai :')


Babak - babak di dalam Setia Hujung Nyawa :)


Zain MinHo :D


Sweet kan ?


Gaduh - gaduh manja :P


Airmata seorang suami dan isteri yang saling mencintai :')


Kasih suami terhadap isteri :')


Cover Setia Hujung Nyawa :)


Ikram dan Ersalina . Ikram nie ex-boyfriend El :)


Sweet sangat :)


Zain memohon kemaafan dari El :(


Jejaka Setia Hujung Nyawa :)


Ryzal abang kepada El :)


Ersalina dan Zain :)


Promo 24 Disember 2012 :)


Promo 31 Disember 2012 :)


Promo 17 January 2013 :)


Promo 24 January 2013 :)


Promo minggu akhir :)



Salam sejahtera dan salam satu Malaysia ! Cewahhh .. Haha . Entry kali nie seperti sedia maklum seperti tajuk dia atas berkaitan Setia Hujung Nyawa . Apa benda Setia Hujung Nyawa tu ? Laaaa .. Tataw ke ? Cerita yang meletop - letop dekat slot Akasia pukul 7.00 malam hari tu . Okay , agak lambat nak post entry kali nie sebab cerita tu dah pon habis . Tapi korang boleh download dekat web yang ada dan bole tonton online . Di mana ? Of course laaa di www.tonton.com .

Cerita tu teramatlah best dah ohsemmmmmm . I tatau nak describe camne cerita nie tapi Setia Hujung Nyawa nie drama favourite i . I akan jadi manusia yang paling excited kalau pasal Setia Hujung Nyawa . Mesti ada yang tak percaya tapi korang kena tengok sendiri . Betapa best dan sweetnya cerita tu . Malangnyaaa , cerita tu kalau panjang sikit mesti lagi best . Boleh feeling lebih lagi . Haha . Barisan pelakon dia bukanlaaa senior - senior yang sememangnya dah mantap dalam bidang lakonan tetapi barisan pelakon yang beru nak bertapak dalam bidang seni nie . Walaupun bergelar pelakon baru tapi mereka berjaya membawa watak masing - masing , lagi - lagi watak utama Zain dengan Ersalina yang dipegang oleh Amar Asyraf dan Nellydia Senrose .

Cerita nie sebenarnya diadaptasi dari novel "Setia Hujung Nyawa" karya Fatin Nabilah . I sendiri masih tak berkesempatan nak beli novel nie sebab nak tunggu voucher buku RM250 tu . Hehe . Jimat sikit duit ye tak ? Cerita Setia Hujung Nyawa terbitan Suhan Movies nie memberi impak apabila berjaya mencatat rekod apabila mencecah 4.2 juta penonton pada episod akhir . Kau hadooooo ? Setiap petang cerita nie ditayangkan , confirmlaaaaa banjir TL dengan Setia Hujung Nyawa . Bila dah banjir TL dengan Setia Hujung Nyawa confirmlaaaa trending . Banyak kali jugaklaaa cerita nie trending . Last episod , nama "Zain" trending . Hehe . Itu bermakna dia berjaya membawa watak Zain Hakimi tu :)

Kalau korang tataw pasal Setia Hujung Nyawa nie , i ada sertakan sinopsis drama , sinopsis novel , video dan sedikit gambar untuk tatapan anda semua . Enjoy guys and girlssss . Ouh , lupa nak bagitaw . Setia Hujung Nyawa nie ada 28 episod taw . Ulang 10 kali pon still tak jemu . Ending pon tak mengecewakan . Walaupun i minat gila cerita nie tapi takdela taksub sangat . Cuma cerita nie sentiasa di hati i . Btw , credit to Suhan Movies sebab gambar tu i amik dari fb Suhan dan credit untuk TV3 sebab i amik video nie dari channel youtube mereka dan credit to Budiey for sinopsis . Hehe . Thanks a lot semua . Setia Hujung Nyawa wajib diberikan anugerah sebagai drama terbaik . Tabik hormat dekat Team Setia Hujung Nyawa dan tidak lupa kapada Mak Mie kerana berjaya menerbitkan drama terbaik :D


Sinopsis Drama SETIA HUJUNG NYAWA: Mengisahkan kehidupan Zain yang berubah sekelip mata setelah ditinggalkan kekasihnya, Sofea, seminggu sebelum berlangsungnya majlis perkahwinan mereka. Demi menjaga maruah keluarga dari dicaci orang, ibu Zain iaitu Datin Adibah mengambil keputusan untuk menyatukan Zain dengan Ersalina yang merupakan anak gadis kepada rakannya, Puan Haliza.
Meskipun di pandangan mata kasar Datin Adibah pertolongan yang dihulurkan oleh Puan Haliza nampak mulia, namun hakikatnya Puan Haliza mempunyai agenda tersendiri apabila dia ingin menggunakan Zain sebagai pak sanggup untuk menutup dosa Ersalina yang kini sedang hamil anak luar nikah bekas kekasihnya.
Pada awal perkahwinan, amat sukar buat Zain dan Ersalina menyesuaikan diri. Tambahan pula Ersalina masih bersikap keanak-anakan manakala Zain pula seorang yang tidak penyabar. Meskipun mereka tidak tidur sekatil dan sering berselisihan faham, namun mereka akan berlagak seperti pasangan romantis di hadapan keluarga masing-masing.
Setelah dua bulan berkahwin barulah Zain dan Ersalina mencapai persefahaman dan cinta mula berputik di antara mereka berdua. Tetapi belum sempat menikmati kebahagian rumahtangga, rahsia kehamilan Ersalina terbongkar apabila dia mengalami keguguran. Zain amat kecewa dan mula melayan Ersalina seperti sampah. Maka bermulalah babak baru kesengsaraan hidup Ersalina.
Sementara itu, Datin Adibah yang tidak menyangka Ersalina tergamak menjadikan Zain sebagai pak sanggup telah menghalau Ersalina dan menghasut Zain untuk menceraikan isterinya. Malah Datin Adibah juga telah memperkenalkan Eriza kepada Zain. Adakah Zain akan terus setia pada Ersalina atau cintanya akan beralih arah pada orang baru iaitu Eriza? Apakah kesudahan bagi cinta Zain dan Ersalina?
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA menerusi slot Akasia mulai 24 Disember 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3! Penonton yang terlepas menyaksikan SETIA HUJUNG NYAWA boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my dan juga layari Facebook & Twitter tv3malaysia untuk mendapatkan berita terkini.
Sinopsis dari novel: Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.




Older Post
Copyright. All Rights Reserved by HaryanieEscada
Light Pink Pointer